Oh ya. Raya dah dekat. Di sini ada panduan serba ringkas dan peringatan untuk mereka yang menyambut Aidilfitri setahun sekali. 1.Pada yang pulang ke kampung, menaiki apa saja; berhati-hati di jalan raya. Jalan raya sudah muak bermandikan darah-darah anda. 2.Ketika sampai di kampung, pastikan anda memanggil saudara-mara anda dengan gelaran yang betul. Lama tak jumpa, nama pun dah lupa. 3.Biasanya, bagi orang Malaya, malam raya adalah masa untuk bersuka-sukaan. Selain berteleku di depan tivi, mercun juga adalah satu pilihan. Di tempat saya, polis membekalkan mercun. 4.Pagi raya; sembahyang raya masih dua rakaat. Macam tahun lepas. Khutbah raya lepas sembahyang, jangan bangkit lekas. 5.Kepada yang ingin melawat kubur selepas sembahyang, pastikan anda meratap di kubur yang betul. Jangan silap kubur. Al-Maklumlah, raya setahun sekali, melawat kubur pun setahun sekalilah juga. Ucapan raya? Ehem-ehem-ehem.. Selamat Hari Raya `Idul Fitri kepada keluarga dan saudara mara di Malaysia. Tidak dilupakan juga kepada semua warga MRSM Taiping, KMB dan kepada penaja saya, MARA. Maaf fizikal dan mental. p/s: kepada yang beraya di perantauan, lemang dan rendang lebih sedap dimakan di Malaya.
...formerly the blog portal for ex-MRSM Taiping students of the 0405 batch, but has now become the unofficial blog portal cum randomly-updated-webzine for all ex-students of MRSM Taiping.
Contact us at maresmartians0405 at gmail dot com
Ex-Maresmartian? Have your own blog? Want to link to us?We are always looking for contributions and new contributors. Help promote us!.
E-mail us your blog link or inform us here to join our blogroll.
Blog maintenance: Several posts (by the admin) are not up-to-date. Maintenance will be made at the end of the year when we have more time to work with rebellious htmls.
ha ha.....well said....
miss Raya-ing in Malaysia.....
Tapi Malaya dah tak ade min..