Hmm.. menjelang hari kebangsaan tak lama lagi ni teringat pula kenangan menyambut hari kebangsaan di maktab dulu. Seperti kebanyakan program pelajar di maktab, sambutan kemerdekaan juga telah 'diswastakan' kepada mana-mana kumpulan yang berminat untuk menguruskannya. Kali ini sekumpulan pelajar diketuai Fazlina Jasin (508) dibantu oleh cikgu Suriani sebagai penasihat, telah bekerja keras untuk menjayakan sambutan. Kira-kira 2 hingga 3 minggu sebelum sambutan, mereka telah merekrut rakan-rakan untuk berlakon dalam drama yang akan dipersembahkan. Latihan drama berjalan dengan rancaknya. Latihan yang biasanya dilakukan di dalam Dewan Kuliah itu kadang-kadang dibuka kepada tayangan umum. Macam artis pula! Yang paling diingati ialah semangat dan kerja keras yang ditonjolkan oleh mereka semua. Cikgu Suriani juga tidak kurang penat berjalan ke sana sini mencari kelengkapan yang diperlukan. Tiap-tiap malam latihan, beliau akan turut sama memberi komen dan idea untuk menjayakan persembahan. Tiba hari yang dinantikan, hari kebangsaan Malaysia disambut dengan meriah. Bagi kami, yang penting ialah ingatan kami kepada hari kebangsaan tersebut. Kejayaan sambutan itu bukanlah diukur dari sejauh mana ia dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara; sebaliknya kami berharap suatu hari nanti akan ada diantara kami yang akan menjadi tunggak kemajuan negara - dan pabila itu berlaku, sambutan hari kebangsaan itu mungkin boleh menjadi pencetus idea dan semangat patriotik. Siapa tahu. Kemerdekaan pada asalnya ialah bebasnya Malaysia dari cengkaman penjajah - bermakna kita bisa menentukan hala tuju negara kita sendiri. Hari ini, negara kita Malaysia tidak lagi dijajah: bermakna kita punya institusi pentadbiran sendiri, struktur ekonomi dan sosio-politik sendiri. Namun pada zaman neo-kolonialisme kini, penjajahan minda nampaknya tidak dapat dibendung lagi. Akan adakah kemerdekaan buat kali kedua untuk Malaysia? Berbalik kepada sambutan hari kebangsaan versi pkpix, drama yang dipertontonkan menceritakan perjuangan wira-wira Malaysia dari pekbagai kaum, dengan sedikit persoalan ditimbulkan untuk memberi ruang kepada semua untuk menilai apakah makna perjuangan kemerdekaan sebelum 1957 kiranya ia tidak diteruskan lagi oleh generasi kita pada hari ini. Seperti biasa banyak adegan lawak jenaka ditokok tambah terutama sekali tanpa sengaja. Mungkin memang sudah jadi kelaziman, semua orang sukakan lawak jenaka. Majlis berakhir dengan 'countdown' dan acara melepaskan hampir seratus belon di dalam DB oleh tuan penolong pengetua bersama iringan lagu 'Negaraku' dan lagu Sudirman yang dah-lupa-apa-tajuknya-tapi-popular tu. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berjaya mengadakan sambutan yang gilang gemilang. Sayang ketika itu tiada kamera video untuk merakamkannya. Hanya memori indah untuk kami kenang selamanya. echopena
...formerly the blog portal for ex-MRSM Taiping students of the 0405 batch, but has now become the unofficial blog portal cum randomly-updated-webzine for all ex-students of MRSM Taiping.
Contact us at maresmartians0405 at gmail dot com
Ex-Maresmartian? Have your own blog? Want to link to us?We are always looking for contributions and new contributors. Help promote us!.
E-mail us your blog link or inform us here to join our blogroll.
Blog maintenance: Several posts (by the admin) are not up-to-date. Maintenance will be made at the end of the year when we have more time to work with rebellious htmls.
Masa zaman PKP X hari kemerdekaan pun diswastakan. Kenangan yang paling indah waktu malam merdeka tersebut, selepas penat buat persembahan patriotik, semua pelajar lelaki dikumpulkan di dataran perhimpunan pada jam 3 pagi, tunggu sampai jam 4 hanya untuk mendengar 'seorang ahli senat maktab' menjerkah begini: "Asrama macam kandang khinzir (telah dialih bahasa kepada bahasa yg lebih lembut), balik kemas!" dan kami pun berlenggang balik ke asrama dengan perasaan gembira kerana ada lawak yang boleh ditertawakan untuk beberapa ketika.
yang peliknya, saya susah betul nak ingat kitorang sambut 31 ogos kat maktab dulu camna. rasanya, kitorang duduk bersorak kat car park tu pukul 12 lepas tu terus tidor kot. hahahahaha betul2 tak ingat ni...tapi yang tentunya drama2 ni takde lar. aktiviti ko-q dan kebudayaan ni dah berkurang kat tpg, skrg lbh byk fokus kat akademik.
oh ye, kalo setakat pertandingan menghias2 kelas tu adalah. kelas kitorang menang dulu..hahahahaha :p
atif, ye ke kelas korang menang pertandingan menghias kelas?...tak perasan la plak.. korang banyak kali pindah kelas, yg pasti setiap kali tukar kelas cg akan kata mcm ni," kenapa panas sangat kelas korang ni hah, body heat korang ni kuat sgt lah"...pas tu yg cg ingat masa form 5 ada org jwb macam ni, "ntah la cg byk buat dose kot , sbb tu panas"...lepas tu cg gelak je (dalam hati cg kata, bukan buat dosa, byk study kot, hehe)
eh ada lah cikgu, yang kitorang tampal2 huruf2 kat dinding tu. lepastu kitorang buat bendera besar kat board belakang (masa kelas form four). rasanya. heh, saya pun tak ingat. tapi yang sure memang kitorang menang. haha.
(cerita2 pasal kelas ni, rindu pulak kat classmates... manalah diorang skrg ek)