Get Firefox, people, now!
Published Sunday, July 02, 2006 by oh admin | E-mail this post
Breaking News from tv6
Di sini kami ingin mendedahkan suatu konspirasi untuk merosakkan
lagi mengotorkan kesucian sebuah laman web yang tidak bersalah oleh segelintir pihak yang langsung tidak pernah mengambil lagikan mengaku tanggungjawab menjaga susunan isi-isi website tersebut.
Pihak kami telahpun menyiasat dengan menggunakan beberapa komputer untuk memastikan kesahihan dakwaan seorang pengguna yang enggan namanya disiarkan. Menurut pengguna tersebut, sangat buruk rupa laman web Tempat Bermain serta saudaranya Maresmart Sentral apabila dijemput untuk hadir ke monitornya. begitu menyayat hati apabila kami sendiri melihat sidebar blog-blog tersebut dicampak - ah, bukan dicampak, tuan-puan sekalian! - tetapi dibuang ke bahagian paling bawah blog, bagaikan beg plastik bocor yang hina dan tidak berguna lagi. Pihak tersebut langsung tidak berasa kasihan melihat kotak jeritan laman web tersebut, yang juga dibiar terperosok di kawasan terpencil buana digital internet ini oleh pihak yang tidak berguna itu.
Pihak berkuasa pula enggan memberi komen terhadap kes yang memilukan ini, malah telah mentertawakan krew kami yang dengan penuh rajin menziarahi mereka di sebuah restoran mamak. Kami dibelikan sepinggan roti canai dan kemudian pula disimbah dengan satu teko air teh basi. Sungguh tidak terkata kami dibuatnya apabila dilayan sebegitu, malah kami hanya sempat serta mampu mengibaratkan situasi ini seperti kata orang-orang tua, "lembu datang hendak makan rumput, kambing pula yang dapat pisang."
Sampai bilakah blog ini akan dibiarkan terpampang bagaikan lopak air berlumpur pada skrin monitor anda? Tidakkah anda berasa geram dan jijik melihat kerja penghinaan ini? Tidakkah blog ini mempunyai maruah, atau tidakkah pula blog ini cukup bagus untuk mengenal erti manis kalimah "maruah" itu sendiri?
Muat turunlah produk daripada syarikat Mozilla itu sekarang juga, kerana jika anda berdegil, Internet Explorer dengan penuh gembira akan memaparkan blog ini (serta saudaranya, Maresmart Sentral) dengan rupa yang penuh buruk sekali pada monitor anda.
Kasihanilah mereka - blog juga mempunyai impian untuk kelihatan tersusun seperti buku-buku di perpustakaan terkemuka.
Jika KAMU tidak mengambil langkah untuk memperbaik komputer kamu, siapa lagi yang mampu dan harus memikul tanggungjawab tersebut? Jadilah pelawat blog yang bertanggungjawab - muat turun Firefox sekarang.
Akhir kata - supaya tuan-puan semua dapat memikirkan sesuatu yang berguna pada jam ini - saya sebutkan satu pepatah Melayu yang amat terkenal sekali, semoga kita semua menganjakkan paradigma kepada kehidupan yang lebih harmonis.
"Kucing yang berlari terkedek-kedek, tikus juga yang tersepit maut di seberang sungai."
oh admin, untuk tv6.
Dicuri dan diubah dari Tempat Bermain.
This is an administrative announcement, albeit a little more colourful than it should be.
Laporan daripada wakil mangsa, selaku ajk tidak rasmi jawatan kuasa pengguna-pengguna cc semalaysia:
Adapaun darihal sedemikian, hatta kami paham problemonye, tetapi akan tetapi apakan daya bagi kami pengguna-pengguna cc yg tidak memiliki kemudahan firefox. kami jua terpaksa memikul 'guilty' di bahu kami melihat maresmartsentral begitu hodoh rupanya...
Apakan daya.. kami tidak berdaya...
p/s: name blog pjg la. senang buat typing error...
nama blog panjang? tak faham
cm 'maresmartsentral' tu kan pjg. tapi takpe la... saje je..
For those yang jadi mangsa keburukan IE itu,
guna firefox portable aja.
http://johnhaller.com/jh/mozilla/portable_firefox/